Artikel

KWSP Rai Ulang Tahun Ke-75 – Sasar Terus Perkasa Simpanan Pesara Malaysia

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat meneruskan komitmen kumpulan untuk membantu lebih ramai ramai Malaysia mencapai simpanan persaraan yang mencukupi dengan pelarasan semasa sekitar RM390,000.

Bersempena sambutan meraikan ulang tahun ke-75 yang dicapai pada 1 Oktober lalu, Timbalan Menteri Kewangan II Amir Hamzah yang juga merangkap mantan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP menyeru platform simpanan persaraaan itu menggandakan usaha menyokong rakyat dengan mencapai simpanan persaraan berdasarkan perubahan corak pekerjaan di pasaran hadapan kelak.

Dengan memiliki kecukupan persaraan, usaha ini akan membantu meningkatkan tahap keselamatan aliran tunai kalangan isi rumah Malaysia yang menjadi asas kepada kestabilan ekonomi pada pertumbuhan negara kelak. Setakat data Ogos lalu, KWSP kini memiliki hampir 18.5 juta pencarum dengan prestasi pendapatan pelaburan naik 44%.