Artikel

AKPS Hologuide Kini Diperkenalkan – Bantu Pelawat Fahami Prosedur Ketibaan Di KLIA

Untuk memastikan semua penumpang penerbangan meraih maklumat secara mudah dan terperinci – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kini memperkenalkan AKPS HoloGuide iaitu teknologi hologram yang akan ditempatkan di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat berkaitan prosedur ketibaan di Malaysia.

Antara kemudahan maklumat yang dilampirkan adalah alur pemeriksaan imigresen, kastam dan pemeriksaan keselamatan sempadan yang akan dilaksanakan. Dan menariknya kemudahan ini difahamkan menyediakan panduan maklumat dalam pelbagai bahasa utama, sekali gus memberi kemudahan kepada pelawat antarabangsan untuk memahami keperluan dokumen dan undang-undang sempadan Malaysia.

Adanya akses ini ia turut mengurangkan isu kesesakan laluan dan memudahkan tugasan pegawai barisan hadapan. Yang mana akan membantu para pelawat memahami kategori kaunter yang perlu dilalui mereka tanpa bergantung kepada soalan lazim bersama pegawai bertugas.