Artikel

AEON Bank Perkenal Financial Purr-Sona – Ciri Interaktif Baharu Kenali Pesona Kewangan Pengguna

Bertepatan dengan tingkah laku pengguna semasa, iaitu menguruskan kewangan menerusi akses digital – AEON Bank kini tampil dengan ciri interaktif baharu iaitu Financial Purr-Sona yang membantu pengguna melaras aliran tunai mereka bersama aplikasi bank digital.

Ciri ini untuk makluman dikuasakan oleh Neko Sensei yang bertindak selaku mentor kewangan peribadi pengguna berasaskan sokongan kecerdasan buatan (AI), yang mana di mana untuk memenuhi keperluan pelanggan terhadap pengalaman perbankan dinamik yang menambah nilai kepada gaya hidup di samping memudahkan individu dan keluarga mengurus kewangan mereka dengan lebih efektif.

Menariknya, AEON Bank turut menyerapkan elemen gamifikasi dan penawaran ganjaran eksklusif menerusi kempen Neko Sensei x Financial Purr-Sona. Bagi pengguna yang mengaktifkan ciri ini dari 16 Oktober hingga 31 Oktober 2026, mereka berpeluang menerima baucar Boost Juice bernilai RM10 (terhad kepada satu baucar bagi setiap pelanggan).

Selain itu, bagi tempoh 1 Januari 2027 sehingga 31 Mac 2027 pengguna yang melengkapkan Neko Missions dengan mengumpul 20 Neko Paws berhak menebus baucar FamilyMart bernilai RM10. Sebanyak satu Neko Paw akan diberikan untuk setiap misi yang layak (maksimum dua Neko Paws sehari) menerusi aktiviti seperti mengaktifkan Financial Purr-Sona, memilih cip topik dalam Neko Sensei, atau membuat pemindahan wang ke dalam Savings Pot.