Sebagaimana yang dibentangkan pada Belanjawan 2027, awal bulan ini – kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini memaklumkan penyaluran elaun buat Tingkatan 6 yang melibatkan jumlah RM2,500 akan mula disalurkan pada semester pertama tahun 2027.
Penyaluran elaun ini bermakna akan disalurkan secara berkala sepanjang 3 semester pengajian iaitu melibatkan sekitar RM800 bagi setiap semester. Pertimbangan kadar ini dijelaskan menyamai elaun pelajar matrikulasi. Dengan bantuan ini, ia secara jelas berupaya menampung kos pendidikan pelajar Tingkatan 6 yang sebelum ini ditanggung sendiri tanpa sokongan langsung kerajaan.
Secara menyeluruh, usaha ini disasarkan akan memberi nilai tambah kepada seramai 90,000 pelajar Tingkatan 6 di seluruh Malaysia.