Seperti yang diuarkan pada Mei lalu – Big Caring iaitu penyedia rangkaian farmasi terbesar di Malaysia kini dimaklumkan akan melancarkan prospekus penyenaraian awam (IPO) pada akhir minggu ini.
Prospektus merujuk kepada kenyataan rasmi buat perhatian umum dengan memberikan perincian tentang tawaran saham.
Langkah IPO untuk makluman melibatkan rancangan untuk pengumpulan sehingga RM3 bilion dalam merangka semula strategi hala tuju peneraju farmasi ini tetapi turut membantu mengurangkan beban hutang hasil peralihan segmen kumpulan sebelum ini.
Dengan pertimbangan IPO itu, Big Caring Group bukan sahaja mampu mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan mengurangkan beban faedah, malah bersedia memacu fasa pertumbuhan seterusnya. Kumpulan menyasarkan pembukaan antara 40 hingga 50 cawangan baharu setiap tahun bagi tempoh lima tahun akan datang, sekali gus memperkukuh penguasaan pasaran sedia ada yang kini merangkumi 626 cawangan di seluruh negara.