RHB Bank dan Tokio Marine kini memiliki tempoh sehingga Februari 2027 untuk memuktamadkan rundingan kedua pihak berhubung usul menggabungkan segmen insurans di Malaysia.
Lanjutan tempoh ini dicapai menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertindak melanjutkan tarikh akhir rundingan tersebut sehingga 11 Februari 2027.
Berdasarkan notis kepada Bursa Malaysia, langkah ini adalah untuk memberi ruang kepada kedua pihak dalam memuktamadkan urus niaga gabungan tersebut. Mengikut pertimbangan terdahulu, bank akan menjual sehingga 100% pegangannya pada RHB Insurans untuk langkah penyatuan bersama Tokio Marine Insurance (Malaysia). Di mana kesepakatan ini akan perlihatkan RHB Bank kekal selaku pemegang sehingga 35% dalam entiti gabungan tersebut.
Namun dengan lanjutan rundingan ini RHB memaklumkan pihaknya akan mengemaskini status perbincangan secara berkala kepada semua pihak berkepentingan. Buat pengetahuan umum, urus niaga kekal memerlukan pengesahan Menteri Kewangan atas syor BNM sebelum dimuktamadkan.