Timbulnya persoalan bahawa tindakan mewajibkan caruman ke atas pekerja asing di Malaysia membebankan kumpulan majikan – Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan langkah itu tidak memberi bebanan yang tinggi susulan kadar 2% bagi syer majikan itu merupakan kadar relatif yang rendah.
Selari dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, keperluan caruman mandatori mengikut notis Parlimen adalah sebahagian usaha kerajaan untuk perluaskan liputan perlindungan sosial kepada semua pekerja di Malaysia selaras dengan amalan antarabangsa. Yang mana usaha ini memberikan ruang simpanan asas kepada pekerja asing yang turut menyumbang kepada ekonomi negara ketika bertugas di Malaysia. Diikuti merapatkan jurang perlindungan sosial manfaat antara pekerja tempatan dan pekerja asing dan menyokonh prinsip keadilan yang diterapkan pada sistem persaraan negara.
Keputusan mewajibkan caruman 2% itu juga didasari akan kemampuan setiap majikan yang berkelayakan untuk kumpulan pekerja asing mereka. Secara menyeluruh kini 78,129 majikan telah membuat caruan KWSP melibatkan seramai 1,754,460 pekerja bukan warganegara. Daripada jumlah itu sebanyak 86% (67,194 majikan) adalah kalangan PKS iaitu kumpulan majikan yang mempunyak bilangan pekerja tidak lebihi 200 (pembuatan) serta bilangan pekerja tidak lebihi 75 orang bagi sektor perkhidmatan dan lain-lain.