Artikel

Penjawat Awam Tidak Patuhi Larangan Guna Waze Ketika Bertugas – Boleh Berdepan Tindakan Displin

Seperti yang umum ketahui, kerajaan Malaysia kini telah melarang semua penjawat awam untuk menggunakan aplikasi navigasi Waza ketika di dalam tugasan rasmi. Perihal ini berikutan mengambil kira aspek keselamatan dan perlindungan data pengguna di Malaysia susulan aplikasi Waze mengumpul data lokasi, perjalanan dan segala pengumpulan maklumat itu dilaksanakan di Israel, induk operasi aplikasi tersebut.

Dan sekiranya perintah arahan ini tidak dipatuhi menurut laporan Harian Metro, tindakan displin boleh dipertimbangkan terhadap penjawat awam yang terlibat tertakluk kepada peraturan dan ketetapan perkhdimatan awam.

Buat pengetahuan umum, mengikut data Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Malaysia terdapat sekitar 6.3 juta pengguna tempatan menggunakan aplikasi Waze setakat 2019. Rekod ini menjadi antara tertinggi di ASEAN dan pasaran dunia. Maka untuk memastikan tahap keselamatan data pengguna dan pentadbiran awam terus terpelihara – kerajaan Malaysia menyarankan penjawat awam bahkan seluruh rakyat Malaysia untuk menghentikan penggunaan aplikasi tersebut dan beralih kepada aplikasi alternatif lain.