Artikel

CIMB Nafi Rancang Penswastaan CIMB Niaga Di Indonesia

Merujuk kepada laporan minggu ini, CIMB Group kini memaklumkan pihak kumpulan secara mutlak menafikan sebarang rancangan untuk memuktamadkan penswastaan CIMB Niaga di Indonesia. 

Berdasarkan notis rasmi yang dikongsikan bersama Rnggt hari ini, setakat ini kumpulan tidak membuat sebarang keputusan dan tidak mengemukakan sebarang cadangan rasmi berhubung potensi penswastaan CIMB Niaga.

Jelas CIMB Group, CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian daripada teras jejak serantau kumpulan dan pihaknya terus komited terhadap operasinya di Indonesia. CIMB Group akan terus mematuhi garis panduan kawal selia yang terpakai termasuklah keperluan pemilikan saham awam minimum berstruktur dan mengikut masa yang ditetapkan.