Artikel

Rapid KL Uji Van Perantara Tanpa Tempahan Di Stesen Terpilih – Dengan Caj RM1

Untuk memastikan ketersambungan pengangkutan awam kekal kukuh, Rapid KL akan melaksanakan Projek Rintis Van Perantara selama 3 bulan menggunakan model laluan dan jadual tetap bermula 24 Oktober 2026 ini. 

Fasa rintis ini bermakna, pengguna pengangkutan awam boleh terus menaiki van di stesen dan hentian yang terlibat tanpa perlu membuat tempahan melalui aplikasi Rapid On-Demand. Selari dengan komitmen itu, fasa ini akan melibatkan 2 zon ROD iaitu destinasi Bandar Tun Razak-Taman Midah (T400B) melibatkan stesen tren Bandar Tun Razak dan stesen Taman Midah. Diikuti destinasi dari Presint 11-Stesen Putrajaya Sentral.

Maka tempahan aplikasi ROD kedua zon ini akan ditutup buat sementara waktu bagi membantu Rapid KL memahami aliran permintaan dan kapasiti pengguna dalam tempoh tersebut.

Sepanjang fasa ini, caj tambang RM1.00 akan dikenakan bagi setiap perjalanan menerusi sistem pembayaran terbuka termasuklah kad debit, kad kredit dan Touch ‘n Go. Sementaa pemegang kad konsesi MyRapid pula akan meraih diskaun tambang 50% dan pas Rapid Mesra pula boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma.

Dengan proses rintis ini, Rapid KL akan menilai keperluan pada tindakan ketersambungan pengangkutan awam bermula batuan pertama dan terakhir dan menjadikan ia rujukan untuk memenuhi akses kemudahan buat pengguna pengangkutan awam di pasaran hadapan.