Artikel

MOF Perbaharui Pendaftaran 10 Agensi Pelaporan Kredit – Sehingga September 2027

Kementerian Kewangan (MOF) kini perbaharui pendaftaran sejumlah 10 agensi pelaporan kredit di pasaran Malaysia untuk tempoh setahun dari 15 September 2026 sehingga 14 September 2027.

Dengan makluman tersebut, selain daripada 10 agensi ini, MOF memberi peringatan kepada orang awam untuk berwaspada untuk laksana urusan sebarang pelaporan kredit. Mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan itu tanpa berdaftar daripada pejabat pendaftar dianggap sebagai melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 11(2) Akta 710.

Ini senarai 10 agensi pelaporan kredit yang berdaftar pada tempoh tersebut:

  • CTOS Data Systems
  • Experian Information Services (Malaysia)
  • Credit Bureau Malaysia
  • Dun & Bradstreet (D&B) Malaysia
  • FIS Data Reference
  • Omesti BI
  • CTOS Basis
  • MARC Data
  • MyData Infomatica
  • One Future Solutions

Untuk ketahui maklumat lanjut, semua pihak boleh merujuk pada portal rasmi Pejabat PEndaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPAPK) bagi perincian seterusnya.