Artikel

Inflasi Malaysia Kini Meningkat 1.8%

Bulan September 2026 memperlihatkan paras inflasi Malaysia merekodkan peningkatan lebih kecil iaitu 1.8% berbanding 1.9% pada bulan sebelumnya. Data ini antaranya didorong akan segmen kos perumahan, air, elektrik, gas dn bahan api lain yang memaparkan kenaikan lebih perlahan kepada 1.4% berbanding 2.1% sebelumnya.

Selain segmen tersebut, data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini turut dapati terdapat beberapa segmen lain memaparkan peningkatan inflasi yang lebih perlahan antaranya segmen Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial dan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (2.8%), diikuti segmen Maklumat dan Komunikasi (2.6%).

Malah segmen Makanan dan Minuman juga memaparkan peningkatan kos yang lebih terkawal dengan kos Makanan di Rumah (1.2%) manakala kos Makanan di Luar Rumah meningkat 2.6%.

Taburan negeri pula menunjukkan terdapat 8 negeri melebihi paras inflasi nasional iaitu Negeri Sembilan (2.4%), Labuan (2.4%), Johor (2.2%), Kedah (2.2%), Selangor (1.9%) dan Sabah (1.9%). Dan berdasarkan rekod ini, kesemua negeri memaparkan peningkatan inflasi makanan dan minuman kecuali Kelantan yang kekal memaparkan penurunan.