Anggaran awalan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menunjukkan ekonomi Malaysia berupaya berkembang sebanyak 5.3% pada suku ketiga 2026.
Pertumbuhan ini jelas Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) disokong oleh prestasi positif merentas kesemua sektor ekonomi, kecuali perlombongan dan pengkuarian yang merekodkan penguncupan. Berdasarkan pengamatan data, tiga suku tahun pertama tahun 2026 memperlihatkan ekonomi Malaysia raih pertumbuhan sebanyak 5.5%, lebih tinggi berbanding 4.8% yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2025.
Sektor perkhidmatan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara pada suku tahun ketiga 2026 dengan merekodkan peningkatan sebanyak 5.4% berbanding 5.9% pada suku tahun kedua 2026. Setakat ini, Malaysia memaparkan prestasi ekonomi yang positif biarpun berdepan tekanan ekonomi yang berterusan kesan krisis global.