Jenama rangkaian kopi tempatan popular, ZUS Coffee kini terus mengorak langkah berani dalam meluaskan jangkauan perniagaannya dengan melancarkan cawangan pertama kedai pop-up ZUS Mart. Bertempat di MyTOWN Shopping Centre, pembukaan ZUS Mart ini menandakan satu lagi transformasi penting dalam usaha jenama berkenaan mendekati gaya hidup peminat tegar mereka secara fizikal.
Menerusi konsep kedai pop-up, cawangan pertama ZUS Mart ini dijelaskan beroperasi selama 6 bulan bermula 1 Oktober lalu sehingga 31 Mac 2027 hadapan.
ZUS Mart bukan sekadar ruang jualan biasa, malah menawarkan pelbagai keistimewaan interaktif buat para pengunjung. Antara tarikan utama termasuklah perkhidmatan ukiran nama bagi pemilik tumbler ZUS, tawaran ganjaran WIP Blind Box bagi belian RM80 ke atas, serta tawaran promosi bagi koleksi pek ZUS Signature Mixes.