Kerajaan Malaysia kini memperketatkan syarat pelaburan pusat data dengan mengenakan tarif elektrik mengikut harga pasaran semasa. Buat pengetahuan umum, tarif elektrik bagi pusat data kini diasingkan daripada kategori pengguna. Langkah itu sekali gus mengasingkan penggunaan tenaga tersebut dengan subsidi yang dinikmati pengguna domestik mahupun industri semasa.
Selain pelaksanaan itu, kerajaan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga mewajibkan pengendali membayar penuh kapasiti tenaga yang ditempah walaupun tidak digunakan sepenuhnya. Sebagai contoh, sekiranya pelabur pusat meminta kapasiti tenaga sekitar 100MW namun jika penggunaannya hanya 50MW maka pembayarannya tertakluk kepada jumlah penggunaan itu. Tetapi sekarang, pengenaan kos akan dikenakan pada jumlah penuh kapasiti tenaga yang diminta walaupun penggunaannya tidak mencapai paras tersebut.
Selanjutnya, para pelabur juga diwajibkan untuk menanggung kos menaik taraf rangkaian penghantaran elektrik Tenaga Nasiona Berhad (TNB) dan perlu menggunakan teknologi kitar semula bagi mengurangkan tekanan pembekalan air di peringkat negeri. Diikuti penggunaan khidmat pada pusat data iaitu sekurangnya 3% khidmat tempatan merangkumi perunding, kontraktor, kejuruteraan, dan perundangan.
Dengan pemerkasaan ini, ia sekali gus dapat memastikan para pelabur menanggung kos sebenar akan pelaksanaan pusat data di pasaran Malaysia tanpa membebankan sumber negara dan penggunaan awam di masa hadapan.