Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap semikonduktor global menerusi pelancaran rasmi AiSEM 2026. Sidang kemuncak ini menampilkan sesi perbincangan berimpak tinggi berhubung ketahanan sektor semikonduktor serta skalabiliti teknologi.
Menariknya, sidang teknologi ini turut menampilkan lebih 20 buah robot menerusi pameran khas. Pameran berkenaan mengetengahkan inovasi terkini dalam bidang robotik dan teknologi baharu, sekali gus membuktikan komitmen berterusan negara dalam menerajui transformasi teknologi di peringkat rantau dan global.

Selain itu, penganjuran kali ini turut menjalinkan kerjasama strategik bersama beberapa rakan industri dan institusi pendidikan, antaranya Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC), Universiti Malaya (UM), Work E Robotic, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cyber University serta beberapa pemain industri teknologi lain.
Acara ini turut diseri dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Tuan Liew Chin Tong, bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, YB Tuan Ng Sze Han, serta wakil tetamu kehormat daripada Affin Hwang Investment Bank dan Fiuu.
