Artikel

Permohonan STR 2027 Kini Dibuka – Akan Manfaat 60% Penduduk Dewasa

Selari dengan pertambahan sokongan tunai pada Belanjawan 2027 minggu lalu, kini permohonan secara atas talian Sumbangan Tunai Rahmah 2027 (STR) mula dibuka (15 Oktober) buat rakyat negara. 

Di mana pembukaan permohonan baharu ini akan dibuka sepanjang tahun.

Proses permohonan baharu ini menurut makluman LHDN terbuka kepada mana-mana individu yang belum pernah mendaftar dalam sistem STR sebelum ini. Selain itu, penerima sedia ada yang mengalami sebarang perubahan maklumat peribadi – seperti status perkahwinan, pendapatan isi rumah, bilangan tanggungan, atau pertukaran nombor akaun bank disarankan untuk membuat kemas kini segera.

Penerima yang tidak pernah mengemas kini maklumat mereka dalam tempoh tiga tahun berturut-turut juga diwajibkan untuk berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang gangguan pada penyaluran bantuan kelak. Maka untuk tindakan lanjut, semua pihak boleh layari portal LHDN HASiL untuk melaksanakan permohonan bagi meraih manfaat di bawah STR 2027.