Kerajaan Malaysia kini bercadang membentangkan undang-undang baharu atau pindaan kepada perundangan membanteras amalan Ali Baba dan amalan untung atas angin (rent-seeking) di Parlimen pada 2027.
Semua perlu fahami, ketika ini amalan menjual lesen atau budaya Ali Baba ini masih dianggap bukan suatu tindakan jenayah. Maka keperluan untuk Malaysia menilai akta anti rent-seeking ini membolehkan tindakan itu ditakrifkan sebagai satu kesalahan.
Selari dengan komitmen itu, pada sidang Parlimen pagi ini – Kementerian Ekonomi memaklumkan pihaknya sedang laksana kajian untuk membangunkan draf kawal selia serta cadangan untuk atasi isu sedemikian. Tindakan ini penting bagi melindungi pasaran tempatan kerana jika ia dibiarkan situasi ini akan memberi kesan kepada kecekapan pasaran, mewujudkan persaingan yang tidak adil dan membantutkan produktiviti negara.
Dengan pelaksanaan perundangan baharu ini ia sekali gus membantu menyeimbang semula tahap kesejahteraan sosioekonomi Malaysia mengatasi isu ketirisan libat kemudahan, kontrak dan pemberian lesen.