Artikel

Sejumlah 202,829 MyKad Baharu Telah Dikeluarkan – Dalam Masa 25 Hari

Sejak permohonan dibuka pada 17 September lalu sehingga 11 Oktober 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan sebanyak 202,829 MyKad Generasi Baharu telah dikeluarkan di seluruh Malaysia. 

Menurut rekod Sistem Bersepadu Identiti Pintar, jumlah pengeluaran itu meningkat sebanyak 33,483 keping atau sekitar 19.8% kepada 169,346 MyKad setakat 6 Oktober lalu.

Buat pengetahuan umum, MyKad Generasi Baharu ini memiliki 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri sebelum ini. Antaranya kod QR, turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, dan teks mikro turut sediakan. Ciri ini sekali gus memperkasakan komitmen negara dalam memacu keselamatan identiti rakyat selaras dengan perkembangan teknologi dan risiko semasa.