Rentetan pengumuman paras gaji minimum akan dinaikkan kepada RM2,000 menjelang Jun 2027 kelak – kerajaan kini komited untuk memastikan harga barangan berkaitan tidak alami kenaikkan secara mendadak.
Kementerian Ekonomi pada sidang Parlimen hari ini menjelaskan, tindakan kawalan harga barang ini penting untuk memastikan peningkatan pendapatan pekerja tidak dibebani dengan peningkatan kos sara hidup di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.
Selain kawalan sedemikian, kadar inflasi turut menjadi antara penanda aras yang dipantau kerajaan dalam menilai perubahan harga barangan serta aliran kos sara hidup semasa. Setakat ini, paras inflasi mencatatkan 1.9% untuk suku kedua, yang mana inflasi makanan di semua negeri kecuali Kelantan merekodkan peningkatan berkala berikutan tekanan pasaran bekalan semasa.
Seperti yang umum ketahui, kerajaan pada Belanjawan 2027 telah memaklumkan akan melaras naik gaji minimum asas kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 diikuti pelarasan gaji graduan dan pekerja separa mahir kepada RM2,500 sebulan. Pelarasan ini bagaimanapun tidak terpakai ke atas PMKS yang miliki hasil jualan di bawah RM50 juta.