Artikel

Ekonomi Global Dijangka Menurun Kepada 3.1% – Pada Tahun Ini

Kesan kejutan bekalan akibat krisis geopolitik, perang dan peralihan teknologi kecerdasan buatan (AI) – pertumbuhan global pada tahun ini dijangka alami penurunan kepada 3.1% berbanding 3.5% pada 2025 dan berpotensi kembali pulih kepada 3.4% menjelang 2027.

Pengamatan IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) bulan ini menjelaskan persekitaran ekonomi akan mencapai pemulihan secara berkala menjelang Oktober 2027 kelak, antaranya didasari pembukaan semula Selat Hormuz yang mungkin berlaku sekitar Mac 2027.

Dengan andaian sedemikian, potensi pemulihan secara beransur dapat dicapai melibatkan pengeluaran, perkapalan, insurans dan segmen tenaga. Keadaan itu sekali gus memberi gambaran harga tenaga kekal tinggi dengan purata indeks harga petroleum 2026 diramai pada $96 setong iaitu 16% lebih tinggi berbanding jangkaan WEO pada April lalu.

Situasi ini turut berpotensi mengecilkan dasar fiskal dalam pasaran baru muncul dan ekonomi membangun. Diikuti aliran inflasi global pula berupaya melonjak kepada 4.7% pada 2026 sebelum alami pengurangan kepada 4.1% pada 2027. Jangkaan sekali gus tidak mengecualikan Malaysia, yang mana pertumbuhan tahun ini diunjurkan lebih perlahan kepada 3.7% sebelum kembali pulih kepada 4.4% pada 2027.