Artikel

Genting Malaysia, Alibaba Cloud Teroka Kerjasama AI – Antaranya Pacu Produktiviti Pekerja

Genting Malaysia Berhad (GENM) dan Alibaba Cloud (Malaysia) minggu ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan dan transformasi digital merentas operasi perniagaan GENM.

Menerusi potensi ini, ia dilihat mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara GENM dengan Alibaba Cloud, susulan kerjasama terdahulu yang melibatkan Genting SkyWorlds Theme Park, apabila penggunaan AI dan teknologi awan diterokai bagi menyokong pengalaman pengunjung. Kerjasama terbaharu ini menyediakan rangka kerja yang lebih menyeluruh untuk kedua-dua pihak meneroka peluang tambahan merentas operasi perniagaan GENM.

Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan meneroka potensi penggunaan teknologi AI dan pengkomputeran awan Alibaba Cloud dalam pelbagai operasi perniagaan GENM, termasuk peluang untuk menyokong produktiviti pekerja, kecekapan operasi serta penambahbaikan pengalaman pengunjung. Setakat ini usaha tersebut masih diperingkat pertimbangan sebelum laksana penerapan yang lebih meluas.