Malaysia terus komited menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, apabila memaklumkan akan perkenal pas bulanan MyKomuter50 pada kadar RM50 buat pengguna perkhidmatan KTM Komuter tidak lama lagi.
Pelaksanaan pas ini jelas Kementerian Pengangkutan (MOT) dilihat akan membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos perjalanan mereka secara harian melibatkan semua jajaran di bawah KTM Komuter iaitu Lembah Klang (Tanjung Malim-Pelabuhan Klang), (Batu Caves-Pulau Sebang/Tampin) dan Utara (Padang Besar-Butterworth), (Butterworth-Padang Rengas). Pas bulanan MyKomuter50 dijangka dapat direalisasikan seawal 1 Disember 2026 atau selewatnya pada 1 Januari 2027.
Berdasarkan anggaran pengguna jarak jauh berpotensi menikmati penjimatan ketara termasuk sehingga RM366 sebulan bagi perjalanan dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur atau dari Padang Besar ke Butterworth dan Kulim.