Seperti yang dimaklumkan pada pembentangan Belanjawan 2027 minggu lalu, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) kini menjelaskan bantuan khas kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh Malaysia – akan diagihkan secara berperingkat mulai 14 Oktober (Rabu) ini.
Biarpun pembentangan Belanjawan 2027 baru sahaja selesai dilaksanakan dan belum mencapai kelulusan – MOT menjelaskan peruntukan insentif ini adalah hasil daripada penjualan nombor pendaftaran istimewa siri H yang dilaksana bulan lalu, yang berjaya menjana RM91.2 juta.
Oleh itu, peruntukan ini berupaya direalisasikan terlebih dahulu dan dikembalikan kepada kumpulan yang berkelayakan sepertimana yang diumumkan.
Usaha ini juga adalah tindak balas pentadbiran untuk membantu pengusaha pengangkutan awam darat bagi mendepani tekanan kos sara hidup semasa. Dan seperti yang umum ketahui, pelaksanaan ini akan dilakukan secara berperingkat dan keutamaan fasa awal akan diberi kepada pemandu beragama Hindu, sebelum perayaan Deepavali.