Artikel

Tiada Lagi Isu Doktor Kontrak – Akan Ditawarkan Jawatan Tetap

Selepas beberapa tahun isu berkaitan doktor kontrak sering diperkatakan dan ditimbulkan, kini akhirnya kerajaan hadir dengan penyelesaian untuknya. Sejak 2023, lebih 15 ribu doktor kontrak telah dilantik ke jawatan tetap, dan untuk tahun 2027, lebih 9000 doktor kontrak turut akan ditawarkan ke jawatan tetap.

Dengan langkah ini, masalah doktor kontrak dilihat akan dinoktahkan sepenuhnya. Selepas ini juga, doktor yang menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan dengan jawatan tetap Pegawai Perubatan.

Perkara ini dikongsikan Perdana Menteri, selari dengan peningkatan peruntukkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Belanjawan 2027.