Artikel

Semua Akan Didaftar KWSP Secara Automatik Apabila Capai Usia 18 Tahun

Ketika Belanjawan 2027 yang dibentangkan baru-baru ini, Perdana Menteri turut menyelitkan berkenaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dimana semua warganegara akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli KWSP apabila mencapai usia 18 tahun.

Dengan langkah ini, proses integrasi apabila seseorang mula bekerja akan lebih mudah, dan tidak lagi perlu proses pendaftaran manual oleh majikan atau pekerja tersebut sendiri.

Selain KWSP, sebelum ini kerajaan turut telah melaksanakan pengaktifkan nombor TIN (Tax Identification Number) secara automatik bermula untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun.