Kadar pencen terendah bagi pesara perkhidmatan awam, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penerima pencen terbitan bakal dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan. Inisiatif penambahbaikan ini dilaksanakan bagi memastikan golongan pesara mendapat perlindungan kewangan yang lebih kukuh di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup.
Langkah murni ini jelas PM Anwar Ibrahim adalah tindak balas keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan warga emas dan mereka yang pernah berbakti kepada negara.
Peningkatan kadar pencen ini memberi limpahan manfaat secara langsung kepada hampir 59,000 orang penerima di seluruh negara. Bagi kebanyakan pesara dan veteran ATM, kenaikan ini menyediakan ruang pernafasan kewangan yang amat diperlukan untuk menampung keperluan asas harian seperti perbelanjaan isi rumah, barangan dapur, serta kos penjagaan kesihatan yang kian meningkat.
Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.