Mulai Januari 2027, kerajaan Malaysia akan membenarkan pasangan kepada pemegang Pas Penggajian (EP) Kategori I yang memegang Pas Tanggungan untuk bekerja di pasaran tempatan.
Dengan fleksibiliti baharu yang tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan, Malaysia bukan sahaja memudahkan cara integrasi keluarga ekspatriat, malah mengurangkan jurang kerjaya yang sering menjadi beban emosi dan profesional buat pasangan pemegang pas utama tersebut.
Dasar ini direka khas untuk memastikan Malaysia kekal bersaing sebagai destinasi pilihan utama bagi kumpulan ekspatriat dan komuniti ekonomi digital. Selain tindakan itu, kerajaan juga akan meluaskan kelonggaran buat komuniti pekerja digital yang fleksibel. Di mana pemegang Pas Nomad Digital DE Rantau sedia ada yang telah mencapai had maksima dua tahun kini bakal diberikan pelanjutan tempoh selama dua tahun tambahan untuk terus tinggal dan bekerja secara maya di Malaysia, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.