Artikel

Belanjawan 2027: Rakyat Ambil Haiwan Peliharaan Angkat, Langgan AI Raih Pelepasan Cukai Individu

Mana-mana rakyat yang melanggan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) bakal menikmati pelepasan cukai individu kelak. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berhubung perluasan insentif cukai pendapatan yang akan dilaksanakan bermula tahun 2027. Selain langganan perkhidmatan AI, pelepasan cukai individu ini turut diperluaskan kepada yuran pengajian dan pembangunan kemahiran yang melibatkan bidang pendidikan anak-anak.

Di samping itu, pelepasan cukai individu ini juga akan diberikan kepada pemilik yang mengambil haiwan peliharaan angkat daripada pusat yang berdaftar serta membiayai kos pemvaksinan. Langkah proaktif ini dijangka mampu merangsang dan merancakkan lagi aliran perbelanjaan dalam pasaran domestik secara berkala.


Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.