Artikel

Belanjawan 2027: FLYsiswa, Baucar Tiket Penerbangan Dinaikkan Kepada RM500

Kos sara hidup semasa tidak sekadar membebankan kumpulan pekerja bahkan turut memberi kesan kepada kumpulan pelajar Malaysia. Untuk melandaikan tekanan itu, kerajaan kini bersetuju naikkan nilai baucar tiket penerbangan FLYsiswa daripada RM400 kepada RM500.

Langkah proaktif ini diperkenal bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), terutamanya mereka yang perlu merentasi perjalanan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak untuk pulang ke kampung halaman atau meneruskan pengajian.

Peningkatan peruntukan ini dijangka bakal memberikan manfaat secara langsung kepada lebih 60,000 penuntut IPTA di seluruh Malaysia. Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan berterusan kerajaan terhadap kebajikan mahasiswa, malah memastikan isu logistik serta pengangkutan tidak lagi menjadi halangan utama bagi anak-anak muda untuk menyambung pengajian dengan selesa dan terjamin.


Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.