Sejak tahun 2023, kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen yang berterusan dalam membela nasib kewangan rakyat dengan berjaya membantu lebih 250,000 individu keluar daripada belenggu kebankrapan. Langkah berani dan prihatin ini bukan sahaja memberi ruang untuk mereka membina semula kehidupan, malah membuka peluang kedua untuk kembali menyumbang secara aktif kepada ekonomi negara tanpa bebanan status muflis.
Sebagai susulan kepada kejayaan tersebut, kerajaan memutus secara rasmi untuk menaikkan ambang keberhutangan bankrap daripada RM100,000 kepada RM150,000 bermula tahun 2027. Peningkatan ambang ini dirangka untuk melindungi lebih ramai individu, khususnya golongan belia dan peniaga kecil, daripada tindakan undang-undang kebankrapan akibat bebanan hutang yang relatif rendah berbanding persekitaran ekonomi semasa.
Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.