Selain perolehan SARA dan STR secara asas, kerajaan Malaysia turut memaklumkan pemberian SARA MADANI 2027 sebanyak RM100 akan dilaksanakan – yang akan diberi dua kali setahun iaitu sebelum sambutan Aidilfitri dan sempena 70 tahun Merdeka.
Menariknya insentif ini akan memanfaatkan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas termasuklah golongan M40.
Berdasarkan pertambahan bantuan kos sara hidup ini, PM Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2027 hari ini turut menjelaskan SARA kini boleh digunakan untuk barangan basah dan segar di 216 Pasar Tani FAMA seluruh Malaysia. Usaha ini sekali gus, meluaskan akses barangan asas kumpulan pengguna di pasaran hadapan, yang sebelum ini sekadar tertakluk kepada barangan kering dan sejuk beku.
Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.