Artikel

Belanjawan 2027: Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM1,500, Veteran RM750

Setelah mengambilkira sumbangan yang dilaksanakan, kerajaan Malaysia bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan 2027 kepada 1.3 juta penjawat Gred Utama B dan ke bawah berjumlah RM1,500. 

Pemberian ini turut merangkumi lantikan kontrak, jelas PM Anwar Ibrahim pada sidang pembentangan sebentar tadi.

Tidak hanya penjawat awam yang masih bertugas, malah kumpulan pesara berpencen dan tidak berpencen turut menerima RM750 Bantuan Khas Kewangan pada tempoh yang sama. Yang mana lebih 1 juta pesara disasar akan meraih bantuan ini, dan penyaluran insentif akan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu sebelum Aidilfitri dan ambang hari Merdeka.


Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.