Artikel

Belanjawan 2027: Budi Belia Diperkenalkan, Beri Insentif RM100 Dompet Digital

Untuk memastikan nilai moral baik terus diterapkan ke atas kumpulan anak muda Malaysia – kerajaan kini memaklumkan akan perkenal Budi Belia iaitu program yang akan memberi insentif kepada belia yang memenuhi jumlah jam aktiviti kesukarelawanan bersama NGO terpilih.

Yang mana jika memenuhi kriteria yang digariskan, belia akan menerima insentif dompet digital sebanyak RM100. Dana ini tidak sekadar meningkatkan sahsiah diri anak muda tetapi turut memberi pulangan semula kepada komuniti setempat dalam membina masyarakat yang lebih baik di pasaran hadapan.


Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.