Kerajaan Malaysia menerusi pembentangan Belanjawan 2027 hari ini mengumumkan memberi penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan. Sementara peminjam PTPTN yang bergaji antara RM2,500 sehingga RM3,000 pula dibolehkan melaksana pembayaran balik minimum sebanyak RM50.
Usaha ini bertujuan melandaikan tunggakan pinjaman PTPTN yang kini dimaklumkan merekod sekitar RM10.7 bilion. Yang mana angka ini melibatkan seramai 1.16 juta peminjam di seluruh Malaysia.
Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.