Kerajaan Malaysia sukacitanya memaklumkan had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010 – yang mana dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.
Langkah ini jelas PM Anwar Ibrahim adalah untuk membantu khususnya golongan pertengahan (M40) mendepani bebanan sara hidup semasa.
Menariknya selain makluman itu, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan – yang mana banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dikurangkan kepada 18%. Diikuti banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 dikurangkan kepada 24%.
Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.