Artikel

Belanjawan 2027: Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM2,000, Graduan Dan Separa Mahir RM2,500

Memahami tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini, kerajaan Malaysia kini mengumumkan pelarasan kadar gaji minimum baharu iaitu dinaikkan kepada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027. 

Berdasarkan pengumuman itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan, pengecualian dilaksanakan ke atas kumpulan majikan PMKS yang miliki hasil jualan di bawah RM50 juta.

Ini bermakna lebih 4 juta pekerja akan meraih manfaat kadar gaji minimum baharu pada tahun hadapan. Lebih menarik, kerajaan turut memperkenalkan gaji minimum bagi pekerja separa mahir dan graduan pada nilai RM2,500 sebulan sebagai permulaan. 


Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.