Artikel

Belanjawan 2027: Malaysia Umum Peruntukan Tertinggi Berjumlah RM510 Bilion

Bertemakan Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi – kerajaan Malaysia hari ini menerusi pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan Malaysia secara rasminya mengumumkan peruntukan Belanjawan 2027 dengan jumlah RM510 bilion.

Peruntukan ini untuk makluman terus memaparkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya dalam membentuk hala tuju pembangunan negara pada fasa pertumbuhan seterusnya. Ini merangkumi Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM376.8 bilion dan Perbelanjaan Pembangunan pula sebanyak RM83 bilion.

Dan menariknya jumlah peruntukan ini alami pertambahan dengan fokus pelaburan kepada beberapa segmen lagi iaitu Pelaburan GLIC RM25 bilion, Pelaburan Awam-Swasta RM11 bilion, dan Pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat MKD RM14.2 bilion.

Untuk perincian lanjut, ini jumlah peruntukan berdasarkan data bajet dari tahun 2022 sehingga 2026:

  • 2022 berjumlah RM332.1 bilion
  • 2023 berjumlah RM388.1 bilion
  • 2024 berjumlah RM393.8 bilion
  • 2025 berjumlah RM412 bilion
  • 2026 berjumlah RM419.2 bilion

Liputan Belanjawan 2027 di Rnggt disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.