Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Ekonomi optimis, negara mampu mencapi sasaran sumbangan pampasan pekerja (PP) sebanyak 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030. Selari dengan matlamat di bawah agenda Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
PP untuk makluman merujuk kepada sumbangan terus kepada kumpulan pekerja merangkumi dalam bentuk gaji, upah, bonus, elaun dan faedah pekerjaan. Berdasarkan rekod, tahun 2025 sekitar 33.9% PP telah berjaya dicapai iaitu lebih tinggi berbanding 2024 sekitar 33.6% PP.
Ini bermakna jika peratusan PP terus alami peningkatan, ia tidak sekadar meningkatkan agihan hasil ekonomi negara kepada pekerja mahupun meraih gaji yang setimpal dengan aliran produktiviti tetapi turut mengukuhkan tahap kesejahteraan kewangan kepada isi rumah di Malaysia dalam menangani tekanan kos sara hidup semasa.