Artikel

Tabung Haji Gantung Sementara Akses Sistem Pendeposit – Susulan Aktiviti Siber Mencurigakan

Lembaga Tabung Haji (TH) kini melaksanakan penggantungan sementara sistem perkhidmatannya bagi melindungi pendeposit, susulan pengesanan aktiviti siber mencurigakan pada 7 Oktober lalu.

TH menjelaskan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan, termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia, bagi menangani isu berkenaan. Setakat ini, simpanan dan data pendeposit dijamin selamat dan terpelihara.

Sebarang kemas kini berhubung status pemulihan sistem akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi TH. Buat pengetahuan sehingga Julai lalu, TH merekodkan jumlah simpanan pendeposit mencecah RM93.42 bilion menerusi penyertaan 9.77 juta pendeposit.