Artikel

Maybank Perkenal Kad Kredit Nadi – Tawar Penyelesaian Patuh Syariah, Kadar Keuntungan 14%

Setelah diumumkan pengenalannya pada Julai lalu – Maybank Islamic hari ini mengumumkan pembukaan permohonan kad kredit-i Nadi Mastercard kepada pengguna di pasaran semasa. Selain penwaran penyelesaian kredit patuh syariah, pengenalan kad kredit turut menawarkan kadar keuntungan tetap 14% setahun.

Berdasarkan pembukaan itu, kad ini dimaklumkan akan memberi akses manfaat menarik kepada lebih 1,000 peniaga di seluruh Malaysia. Dan bersempena pelancaran rasmi, Maybank memaklumkan menyediakan ganjaran alu-aluan buat 1,000 pengguna pertama – yang mana kumpulan ini perlu laksana 5 transaksi dalam tempoh 60 hari untuk menerima baucar petrol bernilai RM50.

Maka untuk ketahui lanjut, semua pihak boleh layari laman rasmi Maybank atau menerusi aplikasi MAE dan Maybank2u untuk ketahui kelayakan dan manfaat yang tersedia bagi tindakan permohonan.