Dalam usaha meningkatkan kemudahan kredit pengguna pada perbelanjaan harian, keperluan tunai jangka pendek – CIMB Bank hari ini melancarkan Kad Kredit CIMB Lite-i. Iaitu kad kredit tanpa yuran tahunan dengan tawara kadar keuntungan tetap dan tidak dikompaun sebanyak 14% setahun.
Menariknya pengenalan akses baharu ini menjelaskan, mana-mana pemegang kad yang laksana pembelian runcit minimum RM500 dalam satu transaksi adalah layak untuk mendapatkan Pelan Pembayaran Fleksi-i (FPP-i) pada kadar 0% selama 6 bulan. Ini bermakna pengguna dapat menikmati pembelian yang layak ditukar kepada bayaran ansuran bulanan tanpa kos pembiayaan tambahan.
CIMB Lite-i ini juga dijelaskan menggunakan struktur keuntungan tidak dikompaun yang berasaskan Tawarruq selain menawarkan kadar keuntungan pengeluaran tunai yang lebih rendah berbanding alternatif konvensional. Selain manfaat kad, penggunaannya juga turut boleh ditambah ke dompet digital Apple Pay, Samsung Wallet dan Google Wallet bagi memudahkan pengguna untuk keperluan nirtunai.