Artikel

Bayi Yang Lahir Pada 2026 – Dijangka Hidup Sehingga 75.5 Tahun

Bertepatan dengan kualiti khidmat kesihatan dan jangkaan Malaysia ke arah populasi tua yang lebih tinggi – data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Jangkaan Hayat Ringkas 2026 kini menganggarkan bayi yang lahir pada 2026 dijangka miliki jangka hayat sehingga usia 75.5 tahun.

Secara purata, seorang bayi perempuan dijangka boleh hidup sehingga 78.1 tahun, 4.9 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki pada 73.2 tahun.

Manakala kategori had usia terpilih pula menampilkan data bahawa lelaki yang mencapai umur 15 dan 60 tahun pada 2026 masing-masing dijangka hidup selama 59.0 tahun dan 18.9 tahun lagi. Ini bermakna, lelaki yang berumur 15 dan 60 tahun pada 2026 masing-masing dijangka hidup sehingga 74.0 tahun dan 78.9 tahun. Sebaliknya, perempuan dalam kumpulan umur yang sama dijangka hidup selama 63.7 tahun dan 21.7 tahun lagi, iaitu dengan jangkaan hayat masing-masing 78.7 tahun dan 81.7 tahun.

Senarai negeri pula memperlihatkan Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi tahun 2024 hingga 2026 manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi tempoh yang sama.