Prestasi suku ketiga tahun ini memperlihat MyNews alami kemerosotan 40.5% kepada RM3.83 juta bagi rekod keuntungan bersih kumpulan berbanding rekod tahun lalu. Penyusutan ini berlaku kesan kenaikan kos operasi rangkaian yang meningkat, mengatasi prestasi jualan.

Peningkatan itu antaranya memperlihatkan perbelanjaan operasi lebih tinggi 21.5% kepada RM10.87 juta, disusuli perbelanjaan jualan dan pengedaran meningkat 9% kepada RM50.86 juta serta perbelanjaan tambahan lain pula meningkat 17.6% kepada RM25.8 juta.
Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia ini, hasil kumpulan telah meningkat 9% kepada RM251.76 juta disokong perkembangan rangkaian. Yang mana jumlah cawangan MyNews kini 685 berbanding 659 cawangan sebelum ini.
Biarpun merekodkan penurunan secara tahunan, prestasi suku ketiga dilihat lebih baik berbanding suku kedua dengan kenaikan hasil 11.4%, disokong penjualan yang lebih rancak ketika musim percutian dan perayaan. Melihat pada persekitaran ini, MyNews mengambil pendekatan yang lebih efektif pada pengurusan tunai dan bertindak memberi tumpuan kepada penambahbaikan rangkaian serta penerapan sokongan digital.