Artikel

Malaysia, China Setuju Usul Sambung Jajaran ECRL Ke Rantau Panjang

Cadangan untuk menyambung jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang kini menerima maklum balas yang sangat positif daripada China. Selaku rakan dagang yang miliki peranan tidak sekadar peneraju rangkaian rel, sokongan China dilihat menjadi dorongan strategik yang strategik untuk mengukuhkan integrasi sempadan di rantau Asia.

Perluasan akses jajaran yang dianggarkan sepanjang 25 kilometer itu dijangka bakal merancakkan lagi potensi serta pertumbuhan ekonomi buat kedua-dua negara jiran, Malaysia dan Thailand. Menyedari impak positif daripada sokongan tersebut, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, memaklumkan pihaknya akan melaksanakan penelitian bersama pentadbiran Thailand, di samping mengadakan perbincangan lanjut dengan jemaah Menteri serta pihak-pihak berkepentingan.

Buat masa ini, projek ECRL yang merentasi jarak sejauh 640 kilometer menghubungkan Kota Bharu, Kelantan terus ke Pelabuhan Klang, Selangor. Sekiranya hasrat penyambungan ke Rantau Panjang ini berjaya direalisasikan, usaha tersebut bukan sahaja membuka pelbagai peluang ekonomi baharu untuk kedua-dua negara, malah memperkukuh akses ECRL sebagai penghubung utama antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung.