Artikel

Proton Capital Kini Dilancarkan – Akses Buat Pengguna Bagi Pembelian Kereta Proton Baharu

PROTON hari ini secara rasminya melancarkan Proton Capital iaitu syarikat pembiayaan automotif baharu buat kemudahan pembelian kenderaan bersama pengguna Malaysia.

Segmen pembiayaan automotif ini untuk makluman merupakan cabang pembiayaan khusus buat pemilikan Proton yang tersedia tidak hanya cawangan induk Proton semata tetapi turut melibatkan rangkaian pengedar Proton yang mengambil bahagian.

Berlandaskan pelancaran itu, untuk peringkat awal perkhidmatan ini akan tersedia kepada pelanggan yang memenuhi kelayakan untuk pembelian kenderaan Proton baharu di Lembah Klang sebelum diperluaskan kepada cawangan rasmi dan pengedar di seluruh Malaysia.