Artikel

Baucar Kita Selangor: Had Pendapatan Isi Rumah Kini Dinaikkan Kepada RM8,000

Untuk memastikan lebih ramai rakyat negeri meraih manfaat bersama, Selangor kini melaras naik had pendapatan isi rumah insentif Baucar Kita Selangor (BKS) daripada RM5,000 kepada RM8,000. 

Perluasan ini jelas Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri adalah tindak balas pentadbiran negeri untuk meringankan bebanan lebih ramai penduduk negeri kesan tekanan kos sara hidup semasa dan ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

Melalui BKS, setiap isi rumah yang berkelayakan di Selangor akan meraih RM100 sebulan selama 6 bulan untuk membantu mereka memenuhi keperluan asas keluarga secara berkala. Maka untuk ketahui lanjut berhubung kriteria yang digariskan semua pihak boleh layari laman Baucar Kita Selangor bagi langkah seterusnya.