Syarikat pelaburan milik dana kekayaan berdaulat Singapura (GIC), iaitu Greenwood Capital kini dilaporkan telah bertindak menjual kesemua baki pegangan sahamnya dalam Sunway Healthcare Holdings bernilai lebih RM1 bilion.
Tindakan kumpulan menjual saham ini dipacu oleh strategi mengambil keuntungan setelah beberapa tempoh melaksana pelaburan. Sejak Sunway Healthcare disenaraikan di Bursa Malaysia melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) pada Mac lalu, harga saham pengendali hospital itu telah melonjak tinggi sebanyak 58%. Kenaikan mendadak ini memberi peluang baik kepada Greenwood Capital untuk merealisasikan pulangan lumayan daripada pelaburan yang telah mereka buat sejak sebelum syarikat itu disenaraikan lagi.
Langkah ini memperlihatkan kumpulan melepaskan sekitar 575 juta saham (5%) pada harga RM2.08 sesaham. Jelas laporan harga jualan ini diberi diskaun sebanyak 9% berbanding harga penutup pasaran sebelum itu, iaitu RM2.29, bagi menarik minat pelabur baharu membeli blok saham yang begitu besar dalam masa yang singkat.