Artikel

Syarat Pemilikan 30% Bumiputera Pada Institusi Pendidikan Swasta Bawah KPM – Kini Dimansuhkan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini memaklumkan syarat pemilikan sekurangnya 30% Bumiputera dalam syarikat sendirian berhad bagi operasi institusi pendidikan swasta (IPS) dibawahnya kini dimansuhkan.

Pemansuhan itu untuk makluman dicapai setelah meraih persetujuan bersama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Dengan menghapuskan batasan pegangan saham tersebut, KPM bukan sahaja membuka pintu kepada potensi pelaburan luar dan tempatan yang lebih meluas, malah mewujudkan ekosistem pendidikan yang lebih berdaya saing, terbuka buat semua pihak. Secara keseluruhannya, inisiatif bersama MITI ini dijangka mampu memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan, sekali gus mengangkat kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan cemerlang yang bertaraf antarabangsa.