Selaras dengan komitmen kumpulan sejak 2024 lagi, dalam merangka strategi pertumbuhan kukuh pada pasaran hadapan – TNG Digital kini dilaporkan telah berhubung dengan beberapa bank pelaburan untuk meneliti potensi penyenaraian di Bursa Malaysia.
Mengikut laporan, langkah ini telah mula dilakukan sejak beberapa minggu lalu dan perihal ini telah disahkan Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni berhubung tindakan perbincangan tersebut. Namun langkah itu tidak akan dilaksanakan secara mendadak dan terburu-buru.
Perbincangan itu dijelaskan adalah sebahagian persediaan rapi yang sedang dilaksanakan TNG Digital. Setakat ini tiada sebarang garis masa pelaksanaan IPO dikongsikan dan TNG Digital menolak akan pelaksanaan tersebut pada tahun ini.